Petikan Daripada Utusan Balai Manchis Antara Balai Contoh
ARKIB : 09/09/2008 : Balai Polis Manchis mungkin agak asing dan tidak popular berbanding sejarah Balai Polis Bukit Kepong, Batu Pahat, Johor kerana namanya jarang mendapat liputan media walaupun di zaman darurat balai polis ini tidak terlepas daripada menjadi sasaran serangan komunis pada tahun 1945.
Namun begitu baru-baru ini Balai Polis Manchis (BPM) telah mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila dipilih antara balai polis contoh di antara ratusan balai polis di seluruh negara.
Walaupun tidak mendapat tempat pertama, BPM yang terletak dalam Daerah Bentong mampu menarik perhatian juri yang membuat penilaian bagi memilih balai polis terbaik berdasarkan keindahan landskap, keceriaan dan kebersihannya menyejukkan setiap mata yang memandang.
BPM yang pernah diserang komunis selama tiga malam berturut-turut pada tahun 1945 dipilih mewakili balai polis contoh peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong ke pertandingan peringkat Kontijen Pahang pada 23 Januari lalu.
Menurut Ketua BPM, Sub Inspektor Abas Sheck Dawood, 54, kejayaan itu telah membawa balai tersebut ke peringkat Zon Timur mewakili Kontijen Negeri Pahang yang meliputi pertandingan antara balai polis Negeri Kelantan dan Terengganu pada 3 Februari lalu.
“BPM terus mencipta tuah apabila dipilih memenangi balai polis contoh Zon Timur dan seterusnya dipilih bertanding peringkat nasional dan diumumkan sebagai antara balai contoh terbaik pada 3 Mac tahun ini.
“Kejayaan BPM kerana mendapat kerjasama dan penglibatan semua anggota termasuk nasihat daripada Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Mohd. Yusof Mahamod dan juga pandangan pemimpin masyarakat seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) semasa mengadakan dengan mereka,” kata Abas.
Bagi beliau, pemilihan BPM sebagai bagai polis contoh mempunyai signifikan yang tersendiri kerana itu adalah kejayaannya yang dua sebagai ketua polis balai dimana sebelum ini beliau membawa kejayaan yang serupa semasa menjadi Ketua Balai Polis Bilut pada tahun 2005.
Tambah Abas, pencalonan balai polis contoh berasaskan kriteria seperti keadaan kawasan dan bangunan, hiasan dan susunan serta penyelenggaraan, ketahanan, aktiviti, kecekapan, semangat kerjasama dan maklum balas masyarakat setempat.
“Prinsip saya sebagai Ketua Polis Balai ialah balai perlu sentiasa bersih dan ceria dan matlamat itu berjaya semua anggota bergotong-royong membersihkan persekitaran balai dan kawasan kediaman anggota setiap hari Jumaat.
“Persekitaran balai yang menyenangkan mata memandang secara tidak langsung dapat memberikan semangat kepada kami untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada 23,650 penduduk dalam kawasan pentadbiran BPM yang meliputi 13 buah kampung dan empat tanah rancangan Felda,” katanya.
BPM yang terletak kira-kira 60 kilometer daripada IPD Bentong meliputi kawasan pentadbiran seluas 185 batu persegi mempunyai tiga pondok polis iaitu Pondok Polis Jawi-Jawi, Chemomoi dan Kemasul.
Sejarah penubuhan BPM ialah pada tahun 1919 apabila dibina oleh kerajaan Inggeris diperbuat daripada kayu dengan berdindingkan papan dan beratapkan daun bertam serta berlantaikan tanah.
Di awal penubuhannya hanya terdapat dua anggota berpangkat konstabel.
Bagaimanapun, balai polis ini telah ditutup pada tahun 1927 memandangkan tidak ada kejadian jenayah dan penduduknya tidak bertambah dan kedua konstabel itu ditukarkan ke Balai Polis Karak.
Apabila tentera Jepun menduduki negara ini pada tahun 194, sebuah balai polis baru telah didirikan di Kampung Baru, Simpang Pelangai dan Ketua Balai dan penolongnya berbangsa Jepun dan anggotanya terdiri daripada orang Melayu dan dua orang Cina.
Pada tahun 1945, balai polis ini diserang oleh oleh komunis selama
tiga malam berturut-turut sehingga terpaksa meminta bantuan daripada Balai Polis Durian Tipus dan Balai Polis Kuala Klawang.
Selepas peristiwa itu BPM akhirnya ditinggalkan kosong dan semua anggotanya ditukarkan ke Balai Polis Bentong.
Pada tahun 1950, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menyerahkan sebuah rumah keraninya sebagai BPM yang baru dengan diketuai seorang sarjan, seorang koperal dan enam konstabel.
BPM beroperasi sehingga tahun 1975 sebelum dirobohkan bagi membina sebuah balai yang baru dan bapada tahun 1976 sebuah balai polis baru telah disiapkan mempunyai sebuah berek panjang 10 pintu rumah, sebuah rumah Ketua Polis Balai, sebuah rumah timbalan Ketua Polis Balai, rumah enjin, bangunan menyimpan peluru, dan pejabat cawangan khas.
BPM dirasmikan pada tahun 1978 oleh Pengarah Cawangan Khas PDRM ketika itu, Datuk Mohd. Amin Osman.
p/s: Dah 30 tahun bapak aku kat sini..xpernah kene tukar kt tempat lain lg(sbb kabel kuat kot)..Tapi tahun ni bapak aku kene tukar kat Gambang,Kuantan..Kabel kuat mcm mana pun,tetap kene tukar gak..Sbb da lame sgt ayah aku menetap kat sini..Huhu..Tu pun xnak pindah lg sbb nak tunggu rayuan tggl kat Temerloh..Dekat sikit ngn nenek aku..huhu..Sedih nak tgglkan tmpt ni..Disinilah tempat aku membesar 4 beradik..huuu~
Wednesday, October 1, 2008
This is why U call me "Lyter"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 annotations:
err..aku x faham lg la..ape kene mengene citer ni ngan asal usul perkataan "lyter" dari tajuk ko tuh..
weh...alamak lupe lak... selamat hari raya, maaf zahir batin kalau2 aku ada terkasar bahasa ngan ko lyter
waa..kagum la ngan cite ni..
tapi betul gak,xda cite pasai
L Y T E R pun dalam ni..
selamat hari raya..
maaf zahir batin..
NAK DUIT RAYA!!
Pejo & Azie:
sama2..Selamat Ari Raya..Maaf Zahir Batin gak..
-->Ni nak terangkan sket...
Balai Polis "Manchis"..Keyword dari "Manchis" tu ditukarkan kpd "LYTER"..Tu pn disebabkan aku ni nmpak mcm omputih,tu yg org yg reka nama aku tu ltk nama "LYTER"..Kalo x,dia nak letak nama "Manchis" kpd "Manchester"..Tp disebabkan aku dari AC Milan,so xley la letak nama Manchester tu..haha
ooo...kalo bapak ko org panggil lyter paham gak la aku nih...ni org panggil ko,mcm xde kaitan jek..haha..xpe2..selamat hari raya..BBQ lepas raya camna?
hahaha~~~
aku ingat org pgl ko lyter sbb ko jual lighter mase kat upm dulu
salah rupenyer aku ni
pejo:
BBQ jadi je..tp budget xkire lagi..b4 rabu ni aku bgtau bp budget..
Maria:
Oo ngko,ckp aku jual lighter eh kt upm dlu..mn de..nm Lyter tu sjk dr skolah mnengah..Azim dulu2 kt kolej dlu jual lighter gak..bkn stakat lighter,lampu minyak tanah pun dia ada jual..haha
wei gambar tu ade entiti yg bercahaye la.. blh panggil uncle seekers ni..
haha..gmbr tu aku snap dr frame..kantoi plk flash..xde softcopynye..tu yg tpaksa snap tu..huuu~
weh..!
suke2 je kate ina kurus eh..
grrrr..
haha..btl la..kang kalo aku ckp ko gemok kang,ko igt aku perli lak..hehe
wooo...
BJA 351 (btul ke tk?)
huhuhu...
oops.. slp2.. bja 751.. baru btul.. kn kn kn?
nk test drive buleh?? ;D
xbley test drive..kete caldina aku tu laju sgt..utk org yg lesen "P" xabes lg mcm ko ni,xley bwk..haha
ingatkan pnggil ko lyter sbb idung ko kuarkan api..salah rupenya aku huhu..nape bapak ko ensem ko x?
Post a Comment